Thursday 18 February 2010

Detik kelahiran Cayang Mama




Jumaat 11.9.2009
Macam biasalah aku bangun kul 6.30 pagi siap-siap g kerja . Pastu tiba2 perut aku rasa sakit2 . Pastu hilang pastu sakit balik . Risau gak aku . Aku cakap kt lucky aku . Lucky aku ckp dh nk beranak kot ? Lagi lah aku gabra. Then lucky aku ckp xyahlah g keje kita g hospital je. Aku terus kol member ckp x dtg keje arini cz nk g hospital.

Lucky aku pun bawalah aku g Hospital Sg Buloh . Dari umah aku x jauh sgtlah dalam 20 minit je tapi kene guna highway lah bayar RM 1.60. Lucky aku pun bwlah bini dia ni ke hospital dengan begitu berhati-hati sekali . (Sebelum ni x pun dia bw cam gitu ) .Ngada2 macamlah waktu tu aku sakit cam nk beranak sgt . Aku cuma sakit perut nk g check je, gpun due aku lagi 3 ari (15.9.2007). Tapi xpelah aku ni kan first time ngandung x tau pe2 . Lucky aku ckp kalu sakit g je ospital , dia pun x tau pe2.

Smpai kt ospital aku pun di "check" lah oleh doktor . Doktor check tekanan darah lah , check jantung baby lah , check nadi lah dll. Dan kesimpulannya doc ckp dh bkk 2 cm n aku ada sakit nk beranak selang 15 minit. Doc x bg aku balik , aku sudah ditahan kt ospital . Doc suruh aku bw segala persiapan baby . Cuak gak aku waktu tu . Takut sebenarnya. Pastu doc ckp g mkn n tinggal kt ospital. Masa tu bulan puasa , aku mmg comfirmlah x puasa . X larat kononnya. Aku ckp kt lucky aku doc suruh still kt ospital sbb dh nk beranak dh . Lucky aku terkezut gak tp wat2 cool. Aku ckp kt lucky nak minum Teh ais manalah tau pas ni aku beranak x dpt minum Teh ais dah . Lucky aku pun carilah teh ais tu , jenuh gak dia nk cari siang2 ari teh ais masa bulan puasa ni , nasib baik dapat ....

Lepas settle semua aku tinggallah kt ospital . Lucky aku dh balik dh . Dia ckp kalu ada pe2 call lah . X sabar dia nk jadi bapak agaknya. Kt ospital aku tipon mak aku kt kampung , bgtau dia aku dh ada kt ospital . Apa lagi terkejut beruk lah dia . X senang duduk cik kiah masa tu . Kebetulan adik aku yg kt Gannu tu on da way nk balik kmpg . Apa lagi pas Alang smpai terus cik kiah agak g KL tgk aku. Petang tu gak cik kiah turun KL.

Seharian gak lah aku duk 'bercuti' kt ospital tu. Rasa sonok plak kt sana dpt berjumpa ngan org2 yg sewaktu denganku . Kak ija , kak sue , kak sarah . Cam manalah diaorg skrg yek . Tentu baby diaorg pun sama membesar cam baby aku kan ?Semoga akak2 tak lupa kenangan kita masa kt ospital yek. Waktu kt ospital tu abg2 ipar aku dtg . Tapi sayangnya baby aku blom kuar lagi . Diaorg ingat aku dh bersalin kot . Tp xpelah ingat gak diaorg kt aku . Thanks abg ali , abg yunus , kak ayu , kak nisah, iskandar, danish n aiman.

Malam sebelum tido doc chek aku lagi . Kali ni dh bkk 4 cm , doc ckp aku dh nk beranak dh . Dia suruh aku siap2 n kul 12 mlm aku ditolak ke labor room. Waktu tu Tuhan saje yg tau betapa takutnya aku. Walaucam mane pun aku tetap kuatkan semangat. Dan......

Sabtu 12.9.2009 (5.06 pg)
Babyku selamat dilahirkan dengan berat 2.98 kg . Betapa terharunya aku di waktu itu. Dia ku beri nama MUHAMAD UMAR DARWISY BIN MUHAMAD IDRIS

Dan kini bermula diari aku seorang MAMA........

2 comments: