Sunday 27 June 2010

TESCO RAWANG

Kt sinlah tempatnya aku menghabiskan duit. Tesco ni baru je dibuka kt tempat aku . Oklah ada gak tempat tuk aku cuci2 mata. Umar pun seronok dapat g Tesco ni......


Deman Piala Dunia
Sekarang sana sini orang cakap pasal bola . Aku pun x ketingalan gak tengok bola ni . Nak kata minat bola xdelah sgt tp suka gak tgk bola . Team yg aku sokong apa yek? Entahlah aku pun x tau team maner yg aku sokong . Ms first aku sokong Perancis tp pas dia kalah aku sokong Portugal plak. Maklumlah Portugal menang besar ms lawan Korea dulu .Terus aku jatuh cinta ngan Portugal . Tapi x tau lah kalu pas ni Portugal kalah plak aku nk sokong team maner yek?

Tuesday 1 June 2010

Umar mama

Ok lah nak cite pasal anak palk. Almaklumlah baru nak ada anak . Anak first palk tu.... cam2 nk cakapkan. Umar skrg dh masuk 8 bulan lebih. Rasa kejab jer kan . Tup2 raya ni dh nk 1 tahun. Dia dah pandai merangkak skrg dh nak blaja bertatih nk berjalan plak. Umar2 kejab je sayang mama besa dulu kecik jer . Semoga sayang mama membesar jadi anak yang kuat dan sihat , pintar dan rajin. Ingat tuhan , ingat mama n ayah.
Mama n ayah sayangkan umar

cian blog aku nie

Lamanye aku x bukak blog aku nie . Asyik layan fb jer. Main farmville n chat. Tu jelah keje aku ari2. Dulu masa mula2 rajinlah menulis kt sini tp lama2 jd malas plak. Bukan apa aku ni bukan suka sangat menulis2 nie dlu waktu sek kalu Cikgu Noraini Jaya masuk boring sangat malas nk blaja BM terutamanya kalu dia suruh wat karangan . Xde idea lah. Kena isi tersurat lah isi tersirat lah cam2. Tu pasal result SPM Bm aku B....... Manalah cikgu Noraini Jaya tu yek...

Monday 1 March 2010

Cian Cayang Mama Demam





Petang Umar nampak cam tak aktif jer . Mak pengasuh dia cakap umar deman . Badan dia pun rasa panas jer.





Malam badannya bertambah panas . Luckyku balik kul 12.30 mlm . Terus bw Umar g Hospital Selayang.

Bercuti di Shah Alam



Memandangkan minggu lepas cuti agak lama . kami menganbil kesempatan untuk bercuti . Bukan bercuti kemana pun aku dibawa bercuti di rumah Paman Emi di Shah Alam. Kebetulan ibu n bapa mertuaku ada datang ke sini. Sori Opah Umar x balik cuti nie.....

Monday 22 February 2010

Suami bujang kembali.


Lucky ku masa ni aku bagi dia berehat dan berstatus bujang selama 2 bulan jer . Tu pun sebab aku dalam pantang lepas melahirkan Umar. Bujang2 pun tiap2 ujung minggu dia pasti balik tgk aku n babyku.

Umar 1 Bulan





Waktu ni Umar bd 1 bulan . Asyik tido je cayang mama nie . Umar gak masa tu kene kuning . Asyik kene g chek darah kt Pelangai . Sian cayang mama ari2 kene cucuk. 2 hari gak cayang mama kene duduk bawah lampu. Tapi xpe cayang mama kuat kan masuk hari yg ke 21 kuning dia dh hilang . Syukur xyah g Pelangai lagi .

Thursday 18 February 2010

Detik kelahiran Cayang Mama




Jumaat 11.9.2009
Macam biasalah aku bangun kul 6.30 pagi siap-siap g kerja . Pastu tiba2 perut aku rasa sakit2 . Pastu hilang pastu sakit balik . Risau gak aku . Aku cakap kt lucky aku . Lucky aku ckp dh nk beranak kot ? Lagi lah aku gabra. Then lucky aku ckp xyahlah g keje kita g hospital je. Aku terus kol member ckp x dtg keje arini cz nk g hospital.

Lucky aku pun bawalah aku g Hospital Sg Buloh . Dari umah aku x jauh sgtlah dalam 20 minit je tapi kene guna highway lah bayar RM 1.60. Lucky aku pun bwlah bini dia ni ke hospital dengan begitu berhati-hati sekali . (Sebelum ni x pun dia bw cam gitu ) .Ngada2 macamlah waktu tu aku sakit cam nk beranak sgt . Aku cuma sakit perut nk g check je, gpun due aku lagi 3 ari (15.9.2007). Tapi xpelah aku ni kan first time ngandung x tau pe2 . Lucky aku ckp kalu sakit g je ospital , dia pun x tau pe2.

Smpai kt ospital aku pun di "check" lah oleh doktor . Doktor check tekanan darah lah , check jantung baby lah , check nadi lah dll. Dan kesimpulannya doc ckp dh bkk 2 cm n aku ada sakit nk beranak selang 15 minit. Doc x bg aku balik , aku sudah ditahan kt ospital . Doc suruh aku bw segala persiapan baby . Cuak gak aku waktu tu . Takut sebenarnya. Pastu doc ckp g mkn n tinggal kt ospital. Masa tu bulan puasa , aku mmg comfirmlah x puasa . X larat kononnya. Aku ckp kt lucky aku doc suruh still kt ospital sbb dh nk beranak dh . Lucky aku terkezut gak tp wat2 cool. Aku ckp kt lucky nak minum Teh ais manalah tau pas ni aku beranak x dpt minum Teh ais dah . Lucky aku pun carilah teh ais tu , jenuh gak dia nk cari siang2 ari teh ais masa bulan puasa ni , nasib baik dapat ....

Lepas settle semua aku tinggallah kt ospital . Lucky aku dh balik dh . Dia ckp kalu ada pe2 call lah . X sabar dia nk jadi bapak agaknya. Kt ospital aku tipon mak aku kt kampung , bgtau dia aku dh ada kt ospital . Apa lagi terkejut beruk lah dia . X senang duduk cik kiah masa tu . Kebetulan adik aku yg kt Gannu tu on da way nk balik kmpg . Apa lagi pas Alang smpai terus cik kiah agak g KL tgk aku. Petang tu gak cik kiah turun KL.

Seharian gak lah aku duk 'bercuti' kt ospital tu. Rasa sonok plak kt sana dpt berjumpa ngan org2 yg sewaktu denganku . Kak ija , kak sue , kak sarah . Cam manalah diaorg skrg yek . Tentu baby diaorg pun sama membesar cam baby aku kan ?Semoga akak2 tak lupa kenangan kita masa kt ospital yek. Waktu kt ospital tu abg2 ipar aku dtg . Tapi sayangnya baby aku blom kuar lagi . Diaorg ingat aku dh bersalin kot . Tp xpelah ingat gak diaorg kt aku . Thanks abg ali , abg yunus , kak ayu , kak nisah, iskandar, danish n aiman.

Malam sebelum tido doc chek aku lagi . Kali ni dh bkk 4 cm , doc ckp aku dh nk beranak dh . Dia suruh aku siap2 n kul 12 mlm aku ditolak ke labor room. Waktu tu Tuhan saje yg tau betapa takutnya aku. Walaucam mane pun aku tetap kuatkan semangat. Dan......

Sabtu 12.9.2009 (5.06 pg)
Babyku selamat dilahirkan dengan berat 2.98 kg . Betapa terharunya aku di waktu itu. Dia ku beri nama MUHAMAD UMAR DARWISY BIN MUHAMAD IDRIS

Dan kini bermula diari aku seorang MAMA........

Wednesday 17 February 2010

Salam perkenalan.....

Hai semua,
First time nak buat blog nie . Bayak lagi yang aku tak tau nak buat maklumlah baru lagi.Walauapa pun aku akan cuba buat blog yang terbaik.

Ini Aku

Sofia Aida Binti Ahmad Zuki

Dan aku dah kawin pada 03/11/2007 dan ini suamiku yang tercinta

Muhamad Idris Bin Sanudin

Dan kami telah mempunyai seorang anak lelaki yang sungguh comel sekali iaitu



Muhamad Umar Dareisy Bin Muhamad Idris
Ini famili aku sekarang. Aku bahgia dgn hidupku ini. Dan bermulalah kisah aku......








Welcome....

Hehhhehehehhehe
Aku baru je berjaya wat aku punyer blog . Welcome to my blog